Thursday, 28 March 2013

Collagen Rumpai Laut - Testimoni Sendiri

Collagen yang hangat diperkatakan di pasaran sekarang adalah Kolagen Rumpai Laut (Pure Marine Collagen). Ada juga yang menamakannya ibu kolagen.

Nak ceritalah juga tentang pengalaman sendiri dari PMC ni. Baru sebulan saya mengamalkan PMC ni dan hasil dari pengambilan ia saya rasa kulit muka menjadi tegang and jerawat pun makin hari makin berkurangan. Kulit wajah saya boleh dikatakan jenis yang berjerawat walaupun tak banyak. sekali naik dua, tiga biji, lepas hilang tempat yang lain pula timbul. Boleh dikatakan tak bersih. Tapi Alhamdulillah, semenjak saya mengamalkan PMC ni, jerawat dah hilang kulit muka saya pun rasa semakin tegang, yang lebih menggembirakan lagi suami pun perasan pada perubahan diri saya.

Kawan saya yang syorkan, dia kata bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Start dari sebulan lepas saya terus order dari dia. Kawan saya tu dapat kolagen mentah terus dari supplier kat Sabah. Tapi saya order yang dah siap rebus dan berperisa sanquick. Mula-mula order satu bekas, lepas makan tu sedap pula dalam seminggu dah habis. Lepas tu terus order sekali tiga bekas yang dah siap, bertahanla dalam tiga minggu. Yang plain takde perisa saya buat masker wajah. Lepas pakai masker, kulit wajah pun rasa mulus dan tegang.

Tapi sejak dua hari lepas, cuma satu yang membimbangkan saya, saya dalam proses untuk hamil. Rasa risau dengan pengambilan PMC saya tak dapat hamil. Tapi hasil dari google, banyak nasihat yang saya pelajari yang pengambilan PMC tidak akan memudaratkan untuk hamil. Alhamdulillah, saya akan teruskan pengambilan PMC ni.

Untuk pengetahuan bersama, warna memang memainkan peranan penting untuk rumpai laut ini.

* Warna CERAH bermaksud kualiti dan jumlah gizi berada pada tahap sederhana serta tinggi kandungan air.

* Warna GELAP seperti Ungu memiliki potensi tinggi dalam dunia perubatan dan kosmetik. Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protein, vitamin dan zat galian yang amat tinggi serta kandungan air yang besar.

carian dari google. rumpai laut jenis AA

carian dari google. rumpai laut jenis AAA

Thursday, 21 March 2013

Bersangka Baik wahai suami - dari negatif kepada positif


Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk


Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Tiba-tiba tak mahu bercakap

Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

2

Tiba-tiba marahkan suami

Dia cemburu dengan tindakan suami

Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

3

Tiba-tiba menangis

Dia sakit hati dengan tindakan suami

Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

4

Tidak mahu memberi khidmat

Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.


2. Waktu gembira

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Dia sudah rajin masak

Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

2

Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Dia puas hati dengan tindakan suami

Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

3

Dia siap untuk tidur awal

Dia sudah akur dengan kehendak suami

Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

4

Dia bercakap dengan nada manja

Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra


Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.


3. Waktu benci

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Kehendak suami tidak dilayan

Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

2

Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

3

Makan tidak selera

Dia mahu simpati daripada suaminya

Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

4

Tidur seorang diri

Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang


Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.


4. Waktu mengharap

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Muka masam

Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

2

Meminta maaf sambil menangis

Dia benar-benar insaf

Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

3

Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Dia hendak meminta suami membelinya

Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak


Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

InsyaAllah...

pertamanya

Bismillahirrohmanirrohim...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..syukur..


Dah lama terlintas nak ada blog sendiri tapi hari ni baru tergerak nak jelajah ke dunia blog...selama nie tengok blog orang lain je...wahh kagum..semua menarik & macam2 boleh dikongsikan...
so pertamanya saya di sini nak introduce diri sendirilah..excited lak..
me name Noor Wardah Bt. Noordin..(makna: cahaya bunga mawar) hehehe...so blogname pun ade kena mengena tu...asal KB, Kelantan..baru tiga bulan mendirikan rumah tangga..dan skrg saya wifey kepada seorang jejaka yang bernama Mohd Khairulhafiz Bin Rosli..dari Pontian, Johor...haaa tak jauh lak kan..sorang timur sorang selatan..dah namanya jodoh kan..setahun perkenalan membawa kami ke arah perkahwinan...Alhamdulillah...
Kalau bab bola sepak...TRW vs JDT...haa jawablah awal2 saya dah kena sakat dgn suami...nak menang gayanya..konon hebat opss..sorry encik suami hehehe...pada awalnya saya pun bukan minat sgt dgn bolasepak tapi disebabkan terjebak dgn suami yg fanatik bola ni lama2 saya pun tengok tak berganjak gak hehehe...lagi2 suami fanatik Man U..sanggup keluar pagi nak tgk bola kat kedai mamak walhal tido dah siap alarm hp..caya tak..katanya tgk kat mamak gempak sikit dgn alasan 'ngeteh'..alahai...perkataan ngeteh sinonim dgn org Johor yang membawa maksud minum ataupun makan di kedai...

emm rasanya itulah mula katanya untuk kali ini..rasa tangan ni nak menaip je tapi sambil2 buat kerja...bukan makna curi tulang tapi ada free sikit tu yang mencelah...saya pekerja baik tau...:p hehehe


Gambar Nikah

Gambar Sanding

 posing sesudah mekap


Sampai di sini dulu saya untuk pertamanya...ada jodoh lain hari jumpa lagi...:))

p/s : title mutiara sepi tu untuk mulanya...sepi yang kemudian akan menjadi cerah dan bersinar...mudah-mudahan...Amin :)

sekian,