Tuesday, 29 October 2013

TERUJA...

Alhamdulillah...penantian aku selama ni membuahkan hasil...aku disahkan hamil..suami dan aku sungguh gembira tak terkata..hari ni genap kandungan usiaku 12 minggu...yeaa Alhamdulillah semoga semuanya diberkati dan dipermudahkan..Aamiin... Setelah 10 bulan aku dan suami mendirikan rumahtangga, akhirnya kami diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menjadi seorang ibu dan ayah..mudah-mudahan harapan aku ini tercapai untuk menjadi ibu dan mempunyai cahaya mata yang sempurna, comel, soleh & solehah...Aamiin..

Wednesday, 4 September 2013

angguk-angguk, geleng-geleng...

dah lama tak update..hari ni baru boleh mencelah..sibuk sangat..kerja bertimbun.. terfikir - pernah tak terjadi pada orang lain apa yang aku luahkan ni..ke jadi pada aku je..lumrah hidup perlu ada dugaan..untuk menguji tahap kesabaran..::kadang-kadang kita rasa tak bersetuju dengan pendapat dan kelakuan orang lain, tapi kita terpaksa mengikut keadaan tersebut walaupun ternyata orang itu salah dan saat itu kita betul. cuma mampu angguk-angguk, geleng-geleng untuk memuaskan hati orang lain...walhal kita ada hak untuk mempertahankan pendapat kita...sampai hati jadi sakit! namun berdiam adalah langkah paling bijak untuk mengelakkan pergaduhan dan menimbulkan kekeruhan. bak kata orang, diam tak bermaksud kita salah..tapi kena redha..Allah s.w.t. lebih Maha Mengetahui hati kita.

Wednesday, 21 August 2013

Terima segala ketentuan...

Terima segala ketentuan..bersyukurlah! semuanya dari Allah! Jika rasa gembira..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa bersedih..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa sakit..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa kaya..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa miskin..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa irihati..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa senang..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa susah..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa kecewa..bersyukurlah, semua dari Allah! Jika rasa bangga..bersyukurlah, semua dari Allah! Semuanya datang dari Allah dan milik-Nya selamanya.. tempuhi segala dengan tabah dan redha.. Allah akan menguji mengikut setakat kemampuan hamba-Nya. Peringatan utk diri sendiri juga..sbb aku pun manusia lemah yg ada semua perasaan tu.. aku! syukur! Amin!

Berlalulah sudah Ramadhan..disambut Syawal!

Jika dapat kita meihat Ramadhan..mesti kita dapat melihat air mata Ramadhan..kenapa ia sedih? kerana ia dah berlalu untuk memberi laluan pada saudaranya pula iaitu Syawal.. :'( episod Syawal pula menjelma, hari ini genap 14 hari di bulan Syawal..masih rancak rumah-rumah terbuka raya..tapi untuk aku satu pun xde jemputan..huhuhu hehe pada Syawal pertama & kedua, Alhamdulillah dapat beraya di kampung halaman, Kelantan..Syawal ketiga sudah bertolak ke Johor rumah famili belah suami pula..rasa macam tak puas tapi aku kena redha yang aku dah bersuami.. dah la tak dapat ambil gambar raya sebab handphone full memory..harapkan yang lain jela..tapi macam takde kenangan beraya bersama suami di kampung..takpelah mungkin tahun depan-depannya masih ada peluang dan masa..InshaAllah..

Wednesday, 17 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Bismillahirrohmanirrohim...Salam Ramadhan..Alhamdulillah masih berkesempatan menyambut Ramadhan pada tahun nie..pd hari ni, dah lapan hari berada di bulan Ramadhan...dalam sedar x sedar cepat sungguh masa berlalu...ermm macam x sempat nak kejar..macam baru rasa tahun lepas berpuasa, siang malam siang malam berlalu tahun nie dah berpuasa lagi...Alhamdulillah..
Masa kecik-kecik dulu, seronoknya bulan puasa..nanti nak raya..ada baju raya arwah mak jahitkan, sampai tujuh pasang..konon raya seminggu, sehari satu pasang baju...hhihihi...tp dah besar nie semua sendiri la lepas arwah mak pergi duabelas tahun yg lalu :'(
Habis belajar, merantau cari rezeki..so dapatlah merasa berpuasa di negeri orang. Kadang2 sedih gak bila ingat balik, semua kena berdikari..sahur dan buka sendiri :'( sedih lg...hahahaha
Sekarang, aku dah kahwin, so pada tahun nie, pertama kali aku berpuasa bersama suami tercinta :-) ..bangun sahur sama-sama, berbuka sama-sama kalau dia takde program berbuka di luar..
Itulah, tahun demi tahun berlalu dengan pantas..apa yg ditentukan Allah S.W.T, itulah yg akan terjadi! Amin

Di kesempatan ni, nak ucapkan lah selamat menjalani Ibadah Berpuasa, semoga ibadah kita akan diterima oleh Allah S.W.T...Amin



Friday, 19 April 2013

the power of ten ten

Hari ni biasa-biasa je...kali ni nak share video lawak epic Jepun...ten ten..
'cuba' 'try' 'test' jangan ketawa...hahaha

Wednesday, 17 April 2013

Malas jer...

Lately dan sekarang, macam malas sangat nak kerja...apalah nak jadi ni...rasa dah taknak kerja tapi bila memikirkan famili haruslah bekerja. Sebenarnya, kerja sekarang ok tapi adala part-part yang rasa tak berkenan di pejabat ni.
Mesti orang lain kata benda kecil je...ye! kecil je pun..tapi naik rimas lah dengan orang bersuara tinggi ni..benda kecil pun macam ada masalah besar..beb, semua masalah boleh setel la..just rileks! adoi..boleh sakit jatung dibuatnya.


Bukan nak kata diri sendiri perfect, tapi bila nak berubah ada saja yang menghalang. Masih sedang belajar berubah dari hot temper kepada cool. Kadang-kadang seringkali terlupa dan terleka..dan orang sekeliling akan jugde yang bukan-bukan. Tulah orang cakap macam-macam ragam..lumrah manusia, ada je tak kena..ada je tak puas hati..kalau keadaan sekeliling ok, kerja lak tak ok..kalau kerja ok, sekeliling pula tak ok..bosan!
Sepatutnya bila berlaku hal-hal yang tak sepatutnya, orang sekeliling harus nasihatkan..tunjuk ajarkan, menegur dengan cara sepatutnya..bukan dimarah, ditengking, dikecam, dikata dan diumpat.
Itu satu hal...hal yang lain rasa malas kerja sebab penat nak duduk je kat pejabat ni..8jam tiap-tiap hari mengadap komputer sampai mata dah berpinar..dengan keadaan sekeliling yang membosankan. Penat badan, penat otak dan penat perasaan.

Kadang-kadang rasa rindu masa dulu-dulu..kat tempat kerja lama sekeliling ok je, seronok, macam famili...walaupun kerja bertimbun semua perasaan penat buang tepi..tapi lama-kelamaan famili tempat kerja lama makin berkurang..puncanya pertukaran pihak pengurusan atasan, makin lama makin tak betul..sebab itulah sorang-sorang pergi tinggalkan syarikat, dah rasa tak semeriah yang dulu..kerja pun dah jadi tak seronok..hari-hari kerja macam boring..

Sampaila ditawarkan kerja lain, tanpa tunggu terus grab! sekarang! dan di sini! tempat baru yang tak berapa nak baru!...mula-mula datang sini setahun enam bulan yang lalu, dah rasa ketidakserasian..tapi terus melangkah dan pandang ke hadapan..flashback masa lalu waktu mula-mula melangkah ke tempat kerja lama..macam tulah rasa bila masuk tempat baru ni..so cuba teruskan jua dengan harapan keadaan akan berubah menjadi baik seperti masa dulu.

Tapi tidak seperti yang diduga, rasa ketidakserasian tu masih bertakung sampai sekarang. Masih tidak dapat menjadi satu famili. Di sini aku berhadapan dengan darah muda dan rasa tak dihargai. Masih bertahan. Biarlah..dengan harapan darah muda akan menjadi matang. Kadang-kadang penat selalu nak jaga hati orang, padahal hati sendiri tak terjaga. Masih lagi belajar untuk berfikiran terbuka dan positif. Moga akan menjadi yang baik-baik pada masa mendatang.


Sesekali terdetik rasa macam nak keluar dari kepompong ni. Tapi takde halatuju. Nak duduk kat rumah je fikirkan keadaan suami. Kesian kalau nak harapkan dia sorang yang tanggung. Fikirkan nak bertukar kerja lagi dan belajar benda baru lagi. Semua tu memenatkan kepala. So, terpaksala stay kat sini dulu. Bersabarlah wahai hati. Allah akan menguji setakat mana yang hamba-Nya termampu.



Thursday, 4 April 2013

Emosi perempuan...perlu ke?

Kenapa wanita selalu beremosi...
kalau dah terlalu banyak fikir..
macam-macam emosi ada..


gembira..sedih..terharu..marah..boring..
haa ape lagi...banyak kan..
tak kata orangla..
saya sendiri pun..
Kadang-kadang emosi ni datang tanpa sebab dan alasan..
dia nak datang...dia datang
lebih-lebih lagi kalau datang bulan..
lagi emosi tak stabil..
kan..kan..kan..
-
-
-
kalau putus cinta..kaum wanita yang terlebih emosi..

(nasib baik saya dah kahwin! hehe lari tajuk jap)
-
-
-


hahaha...EMOSI..
macam-macam..!
Perempuan kekuatannya ialah kesabaran
jika kesabaran hilang, dia akan marah
jika marah dipendam,
pasti dia akan menangis..
itulah cara untuk lepaskan keresahan bagi perempuan
yang kaum lelaki sendiri tak menyedari
begitu hebat pengorbanan seorang perempuan..
ape-ape pun berdoalah pada-Nya
moga ditenangkan hati yang resah jiwa yang gelisah
boleh juga amalkan doa ni untuk tenangkan jiwa..sharing..!
-
-
-
-
boleh juga amalkan Surah Taha ayat 1 - 5
-
-
-
-
selamat beramal!

Thursday, 28 March 2013

Collagen Rumpai Laut - Testimoni Sendiri

Collagen yang hangat diperkatakan di pasaran sekarang adalah Kolagen Rumpai Laut (Pure Marine Collagen). Ada juga yang menamakannya ibu kolagen.

Nak ceritalah juga tentang pengalaman sendiri dari PMC ni. Baru sebulan saya mengamalkan PMC ni dan hasil dari pengambilan ia saya rasa kulit muka menjadi tegang and jerawat pun makin hari makin berkurangan. Kulit wajah saya boleh dikatakan jenis yang berjerawat walaupun tak banyak. sekali naik dua, tiga biji, lepas hilang tempat yang lain pula timbul. Boleh dikatakan tak bersih. Tapi Alhamdulillah, semenjak saya mengamalkan PMC ni, jerawat dah hilang kulit muka saya pun rasa semakin tegang, yang lebih menggembirakan lagi suami pun perasan pada perubahan diri saya.

Kawan saya yang syorkan, dia kata bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Start dari sebulan lepas saya terus order dari dia. Kawan saya tu dapat kolagen mentah terus dari supplier kat Sabah. Tapi saya order yang dah siap rebus dan berperisa sanquick. Mula-mula order satu bekas, lepas makan tu sedap pula dalam seminggu dah habis. Lepas tu terus order sekali tiga bekas yang dah siap, bertahanla dalam tiga minggu. Yang plain takde perisa saya buat masker wajah. Lepas pakai masker, kulit wajah pun rasa mulus dan tegang.

Tapi sejak dua hari lepas, cuma satu yang membimbangkan saya, saya dalam proses untuk hamil. Rasa risau dengan pengambilan PMC saya tak dapat hamil. Tapi hasil dari google, banyak nasihat yang saya pelajari yang pengambilan PMC tidak akan memudaratkan untuk hamil. Alhamdulillah, saya akan teruskan pengambilan PMC ni.

Untuk pengetahuan bersama, warna memang memainkan peranan penting untuk rumpai laut ini.

* Warna CERAH bermaksud kualiti dan jumlah gizi berada pada tahap sederhana serta tinggi kandungan air.

* Warna GELAP seperti Ungu memiliki potensi tinggi dalam dunia perubatan dan kosmetik. Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protein, vitamin dan zat galian yang amat tinggi serta kandungan air yang besar.

carian dari google. rumpai laut jenis AA

carian dari google. rumpai laut jenis AAA

Thursday, 21 March 2013

Bersangka Baik wahai suami - dari negatif kepada positif


Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk


Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Tiba-tiba tak mahu bercakap

Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

2

Tiba-tiba marahkan suami

Dia cemburu dengan tindakan suami

Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

3

Tiba-tiba menangis

Dia sakit hati dengan tindakan suami

Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

4

Tidak mahu memberi khidmat

Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.


2. Waktu gembira

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Dia sudah rajin masak

Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

2

Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Dia puas hati dengan tindakan suami

Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

3

Dia siap untuk tidur awal

Dia sudah akur dengan kehendak suami

Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

4

Dia bercakap dengan nada manja

Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra


Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.


3. Waktu benci

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Kehendak suami tidak dilayan

Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

2

Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

3

Makan tidak selera

Dia mahu simpati daripada suaminya

Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

4

Tidur seorang diri

Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang


Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.


4. Waktu mengharap

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Muka masam

Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

2

Meminta maaf sambil menangis

Dia benar-benar insaf

Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

3

Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Dia hendak meminta suami membelinya

Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak


Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

InsyaAllah...

pertamanya

Bismillahirrohmanirrohim...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..syukur..


Dah lama terlintas nak ada blog sendiri tapi hari ni baru tergerak nak jelajah ke dunia blog...selama nie tengok blog orang lain je...wahh kagum..semua menarik & macam2 boleh dikongsikan...
so pertamanya saya di sini nak introduce diri sendirilah..excited lak..
me name Noor Wardah Bt. Noordin..(makna: cahaya bunga mawar) hehehe...so blogname pun ade kena mengena tu...asal KB, Kelantan..baru tiga bulan mendirikan rumah tangga..dan skrg saya wifey kepada seorang jejaka yang bernama Mohd Khairulhafiz Bin Rosli..dari Pontian, Johor...haaa tak jauh lak kan..sorang timur sorang selatan..dah namanya jodoh kan..setahun perkenalan membawa kami ke arah perkahwinan...Alhamdulillah...
Kalau bab bola sepak...TRW vs JDT...haa jawablah awal2 saya dah kena sakat dgn suami...nak menang gayanya..konon hebat opss..sorry encik suami hehehe...pada awalnya saya pun bukan minat sgt dgn bolasepak tapi disebabkan terjebak dgn suami yg fanatik bola ni lama2 saya pun tengok tak berganjak gak hehehe...lagi2 suami fanatik Man U..sanggup keluar pagi nak tgk bola kat kedai mamak walhal tido dah siap alarm hp..caya tak..katanya tgk kat mamak gempak sikit dgn alasan 'ngeteh'..alahai...perkataan ngeteh sinonim dgn org Johor yang membawa maksud minum ataupun makan di kedai...

emm rasanya itulah mula katanya untuk kali ini..rasa tangan ni nak menaip je tapi sambil2 buat kerja...bukan makna curi tulang tapi ada free sikit tu yang mencelah...saya pekerja baik tau...:p hehehe


Gambar Nikah

Gambar Sanding

 posing sesudah mekap


Sampai di sini dulu saya untuk pertamanya...ada jodoh lain hari jumpa lagi...:))

p/s : title mutiara sepi tu untuk mulanya...sepi yang kemudian akan menjadi cerah dan bersinar...mudah-mudahan...Amin :)

sekian,