Lately dan sekarang, macam malas sangat nak kerja...apalah nak jadi ni...rasa dah taknak kerja tapi bila memikirkan famili haruslah bekerja. Sebenarnya, kerja sekarang ok tapi adala part-part yang rasa tak berkenan di pejabat ni.
Mesti orang lain kata benda kecil je...ye! kecil je pun..tapi naik rimas lah dengan orang bersuara tinggi ni..benda kecil pun macam ada masalah besar..beb, semua masalah boleh setel la..just rileks! adoi..boleh sakit jatung dibuatnya.
Mesti orang lain kata benda kecil je...ye! kecil je pun..tapi naik rimas lah dengan orang bersuara tinggi ni..benda kecil pun macam ada masalah besar..beb, semua masalah boleh setel la..just rileks! adoi..boleh sakit jatung dibuatnya.
Bukan nak kata diri sendiri perfect, tapi bila nak berubah ada saja yang menghalang. Masih sedang belajar berubah dari hot temper kepada cool. Kadang-kadang seringkali terlupa dan terleka..dan orang sekeliling akan jugde yang bukan-bukan. Tulah orang cakap macam-macam ragam..lumrah manusia, ada je tak kena..ada je tak puas hati..kalau keadaan sekeliling ok, kerja lak tak ok..kalau kerja ok, sekeliling pula tak ok..bosan!
Sepatutnya bila berlaku hal-hal yang tak sepatutnya, orang sekeliling harus nasihatkan..tunjuk ajarkan, menegur dengan cara sepatutnya..bukan dimarah, ditengking, dikecam, dikata dan diumpat.
Itu satu hal...hal yang lain rasa malas kerja sebab penat nak duduk je kat pejabat ni..8jam tiap-tiap hari mengadap komputer sampai mata dah berpinar..dengan keadaan sekeliling yang membosankan. Penat badan, penat otak dan penat perasaan.
Itu satu hal...hal yang lain rasa malas kerja sebab penat nak duduk je kat pejabat ni..8jam tiap-tiap hari mengadap komputer sampai mata dah berpinar..dengan keadaan sekeliling yang membosankan. Penat badan, penat otak dan penat perasaan.
Kadang-kadang rasa rindu masa dulu-dulu..kat tempat kerja lama sekeliling ok je, seronok, macam famili...walaupun kerja bertimbun semua perasaan penat buang tepi..tapi lama-kelamaan famili tempat kerja lama makin berkurang..puncanya pertukaran pihak pengurusan atasan, makin lama makin tak betul..sebab itulah sorang-sorang pergi tinggalkan syarikat, dah rasa tak semeriah yang dulu..kerja pun dah jadi tak seronok..hari-hari kerja macam boring..
Sampaila ditawarkan kerja lain, tanpa tunggu terus grab! sekarang! dan di sini! tempat baru yang tak berapa nak baru!...mula-mula datang sini setahun enam bulan yang lalu, dah rasa ketidakserasian..tapi terus melangkah dan pandang ke hadapan..flashback masa lalu waktu mula-mula melangkah ke tempat kerja lama..macam tulah rasa bila masuk tempat baru ni..so cuba teruskan jua dengan harapan keadaan akan berubah menjadi baik seperti masa dulu.
Tapi tidak seperti yang diduga, rasa ketidakserasian tu masih bertakung sampai sekarang. Masih tidak dapat menjadi satu famili. Di sini aku berhadapan dengan darah muda dan rasa tak dihargai. Masih bertahan. Biarlah..dengan harapan darah muda akan menjadi matang. Kadang-kadang penat selalu nak jaga hati orang, padahal hati sendiri tak terjaga. Masih lagi belajar untuk berfikiran terbuka dan positif. Moga akan menjadi yang baik-baik pada masa mendatang.
Sesekali terdetik rasa macam nak keluar dari kepompong ni. Tapi takde halatuju. Nak duduk kat rumah je fikirkan keadaan suami. Kesian kalau nak harapkan dia sorang yang tanggung. Fikirkan nak bertukar kerja lagi dan belajar benda baru lagi. Semua tu memenatkan kepala. So, terpaksala stay kat sini dulu. Bersabarlah wahai hati. Allah akan menguji setakat mana yang hamba-Nya termampu.




No comments:
Post a Comment